Wednesday, February 23, 2011

peranan gitar dan pickup dlm genre2 Muzik

Kita sambung sedikit berkenaan peranan Gitar dan Pickup serta pengaruhnya terhadap jenis genre Muzik. Pertanyaan mengenai hal ini bnyk saya terima samada melalui fb or feedbck dr para pelajar.

Wokay... Ada beberapa jenis genre Muzik seperti Rock,Metal, Blues, Funk, Soul, Country, Jazz dsbnya. Apa2 pun secara lazimnya, gitar jenama spt Fender,Gibson, ESP, MusicMan, Ibanez dll dipakai dlm kesemua genre tersebut. Cuma Jazz , kebanyakan nya menggunakan gitar semi solid or semi hollow serta berpickup Humbucker dan menggunakan setting tali yg besar spt 012 utk mendapatkan tone nya yg besar tumpul dan bulat dgn cara menggunakan neck pickup. Mereka jarang2 sekali melakukan bending tali sbb ianya kurang sesuai untuk dilakukan, tdak spt genre Blues dan Rock. Jenama yg dikaitkan dgn Jazz ialah Gibson dan Ibanez semi solid model. Muzik Soul,Funk dan Country pula kebanyakan nya menggunakan jenama Fender sbb ia memerlukan clean tone yang ketara utk pluck atau strum.

1 comment:

  1. Salam cikgu, kalau kualiti gitar mempengaruhi tak tone kita? Ape beza gitar mahal dan murah?

    ReplyDelete