Wednesday, February 23, 2011

peranan gitar dan pickup dlm genre2 Muzik

Kita sambung sedikit berkenaan peranan Gitar dan Pickup serta pengaruhnya terhadap jenis genre Muzik. Pertanyaan mengenai hal ini bnyk saya terima samada melalui fb or feedbck dr para pelajar.

Wokay... Ada beberapa jenis genre Muzik seperti Rock,Metal, Blues, Funk, Soul, Country, Jazz dsbnya. Apa2 pun secara lazimnya, gitar jenama spt Fender,Gibson, ESP, MusicMan, Ibanez dll dipakai dlm kesemua genre tersebut. Cuma Jazz , kebanyakan nya menggunakan gitar semi solid or semi hollow serta berpickup Humbucker dan menggunakan setting tali yg besar spt 012 utk mendapatkan tone nya yg besar tumpul dan bulat dgn cara menggunakan neck pickup. Mereka jarang2 sekali melakukan bending tali sbb ianya kurang sesuai untuk dilakukan, tdak spt genre Blues dan Rock. Jenama yg dikaitkan dgn Jazz ialah Gibson dan Ibanez semi solid model. Muzik Soul,Funk dan Country pula kebanyakan nya menggunakan jenama Fender sbb ia memerlukan clean tone yang ketara utk pluck atau strum.

Monday, February 21, 2011

APRISIASI SENI TANPA WAS WAS

Muzik membina minda!!? Wokay sebelum kita berbicara dgn lebih lanjut ttg pembelajaran Muzik ini, saya ingin menyentuh sedikit sebnyk ttg perkara tersebut. Golongan Melayu adalah golongan yang paling negatif persepsi mereka ttg pembelajaran Muzik dan sayang nya kebanyakan org Melayu juga adalah yang paling talented dalam bidang Muzik. Akan tetapi apa yang saya perhatikan skrg, trend zaman telah berubah dan kebanyakan ibubapa skrg bertambah prihatin terhadap pembabitan anak2 mereka dlm menceburi bidang Muzik. Cuma yg masih menyedihkan ialah peratusan itu masih kecil dan mereka mula membenarkan anak2 yg meminati bidang ini utk mempelajarinya secara formal hanya setelah selesai menduduki peperiksaan SPM dikala usia mereka sudah menjangkau 18 thn. Bilamana anak2 ini berjaya melayakan diri ke pusat2 pengajian tinggi, mereka akan dibelengu dgn kekeliruan dan frustration kerana tidak dpt mengejar dan memahami akan apa yg mereka sepatutnya pelajari sejak dari umur 8 tahun paling minima!! Justru itu, mereka sudah ketinggalan 10 tahun ilmu pengetahuan dan harus di mentelaahkan dlm masa 4 tahun diploma. Siapakah yg nk dipersalahkan atau dipertanggung jawabkan? Tidak lain tidak bukan, masyarakat itu sendiri yg harus mengakui akan hakikat ini dan dgn sebab itu saya menulis mengenai hal ini agar saudara dan saudari dapat membantu ibubapa2 atau rakan taulan yg degil atau jahil utk melihat Muzik secara lebih positif demi membantu generasi akan dtg supaya celik ilmu Muzik yg inovatif dan bukan membuta tuli spt lalang di tiup angin mengikut arus2 dari budaya negara asing.

Adakah Muzik itu penting dlm kehidupan manusia? Sudah tentu kan....dari zaman2 dulu lagi hinggalah skrg, Muzik mempengaruhi kehidupan seharian kita mengikut naluri citarasa masing2. Dari persiapan pagi, dalam perjalanan, di ofis, di tempat awam, hingga ke mlm utk beristirehat, di TV dan filem, kita mendengar Muzik, one way or the other. Muzik mempengaruhi emosi kita ketika gembira dan sedih, jadi ianya penting bagaikan "food to our soul". Bolehkah kita bayangkan dunia "TANPA MUZIK"? Barangkali tidak ya...desiran angin, titisan hujan, kicauan burung, nyanyian unggas, hempasan ombak, aliran sungai dan segalanya yang menghasilkan bunyi di muka bumi ini mengandungi unsur2 Muzik yg selalu mengilhamkan kepada sang pengkarya untuk mencipta hasil seni mereka. Betapa halus, kaya dan tingginya nilai seni itu, tak ternilai oleh sesiapa pun. Dari kajian di barat, Muzik menolong menenangkan pesakit2 kronik dan membantu mereka dlm proses pemulihan. Dgn sebab itu, seni Muzik haruslah di hormati, di semai dan dipupuk agar ianya terus sihat berevolusi dan bukannya dianggap negatif, tak bermoral dan hanya layak untuk "HOBI"!! Sungguh Hipokrit bukan? Sebabnya orang2 sebeginilah yang slalu brtanya: "kenapa orang2 sini tk leh jadi berjaya sedunia mcm org putih heh? Tk leh buat lagu mcm dia org dibarat heh?" dan bermacam2 lagi FAKE HIGH EXPECTATION. Mcmana Muzik sini nk berkembang...yg betul2 support hanya segelintir, yg selebih nya tnggu konsert FREE, lagu nk download FREE, tambahan pulak ada stesen2 hiburan yg menganjurkan, konon nya nk balas balik jasa penonton, kemudian tekan artis dgn bayaran CIPUT atas dasar PROMOSI. Sampai ke tua daa....sungguh MEMALUKAN! Sudah memasuki alaf baru pun, kita masih di takuk lama juga, malahan semakin ke BELAKANG...kesian..kita.

Berbagai lgi kajian telah dijalankan di barat ttg kehebatan Muzik, paling yang saya ingat adalah, Muzik membantu membina minda dan meransang kreativiti pada tahap yg tinggi kepada kanak kanak. Justru itu, rata2 kaum ibubapa di barat menghantar anak2 mereka untuk mempelajari Muzik sejak kecil, bukannya untuk menjadi Pemuzik, tapi untuk meransang minda kanak2 tersebut sebab Muzik mengandungi berbagai nilai aspek disiplin pembelajaran yg tinggi dan bersistemetik. Moreover, kalau lah sekiranya mereka berbakat dan excel serta memilih utk berkecimpung dlm arena Muzik, sudah tentu ianya terus menyerlah dan lahirlah PROTEGE2 yg menakjubkan di DUNIA. Di negara kita, yg mencontohi langkah2 sebegini adalah kaum bukan Melayu spt kaum Tiong Hwa terutamanya. Saya mempunyai beberapa student kaum ini yg sudah mendapat pembelajaran awal, sudah semestinya mereka lebih maju terutamanya dalam bacaan nota, kerana sudah mempunyai basic knowledge of Muzik. Disiplin yg mereka terima dari pembelajaran awal juga begitu kuat terpahat spt punctuality dan tugasan yg up to date. Selain dari itu, mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Seterusnya, saya membuat perbandingan di antara rakan2 bukan pemuzik yg ada basic blajar main alat Muzik dan yg tidak, ternyata yg mempunyai basic learning itu mempunyai apresiasi Muzik yg tinggi berbanding yg tidak kerana dia tahu bahwa bukan senang utk mempelajari alat2 muzik dan menjadi "TERROR" dan golongan mereka inilah yg akan MEMBELI tiket2 konsert dan lagu2 ori yg dirakam demi menghormati seni tersebut, dan dgn sebab itu juga lah konsert2 serta lagu2 penyanyi2 barat begitu laris dan mampu menjana income utk penggiat seni mereka. Secara tidak lansung, ianya menambah naikkan lagi inspirasi mereka untuk terus berkarya dan menjadi cycle yg sihat dan berevolusi.

Berbeza kita di Asia pula, terpaksa terikut ikut kerana kita belum cukup kuat utk berdiri diatas karya kita sendiri, hanya mampu meminjam berzaman zaman dari barat,walhal lagu2 milik mutlak kita masih tidak berevolusi oleh kerana pemikiran kebanyakan generasi lama yg memandang remeh dan tidak mengendahkan kepentingan warisan kita. Perkara ini telah di bangkitkan oleh Arwah P.Ramlee dlm wawancara Bio di Astro, iaini untuk memupuk Muzik pada anak2 muda di peringkat awal lagi yaitu di sekitar 1970an supaya ianya dpt berkembang maju. Sekiranya pandangan seorang "LEGEND" spt beliau diberi perhatian di waktu itu, sudah tentu tahap Muzik kita skrg tidak akan jauh ketinggalan dari Indonesia maupun Filipina, Barat jauh sekali lah kan? Di negara ini saja, Legend sebegitu hebat diperlakukan sedemikian, beliau yg sepatutnya diberi penghormatan sewaktu hidupnya dgn berbagai imbuhan penghargaan dan pangkat kedudukan dibuat spt...."NOBODY". Silapnya dimana dan sampai bila harus begini? Ironik nya para pemimpin sibuk melaungkan kata2 semangat untuk mengglobalisasikan bakat2 kelahiran tanahair tapi bagaimana mungkin dicapai kalau tidak di sertakan dengan perancangan yang berkesan dari kajian terperinci oleh pihak2 yg berwajib dan bertanggung jawab serta berusaha mencari jalan untuk menukar pemikiran orang2 kita iaini drpd persepsi negatif mereka terhadap Muzik kpd golongan masyarakat yg appreciate seni. Cuba kita lihat 1 contoh dimana penyanyi Zee Avi, bakat beliau telah di iktiraf di barat dahulu, knapa bukan berjaya di Malaysia kemudian baru mendapat pengiktirafan luar!!!? Oleh itu kita harus berjuang habis2an sehingga seni muzik kita dapat dipertabatkan kekemuncaknya dan masyarakat kita menjadi Celik Seni serta dapat menghayati seni dlm ertikata sebenar tanpa Was Was. Juga akan berkuranglah golongan2 "BONGOK" yg suka melaung laung kata2 spt "Kalau aku belajar Muzik dan nyanyi, mesti 100X lagi terror drpd artis2 tuu..", belajar lah cepat kalau nak tahu kan? Oleh itu, fikir fikirkan lah yer.....wasalam.

Wednesday, February 16, 2011

Criter Efx ler pulak kan kan kan!!

1)Hai parer Gitarawan yg bodyman...2day kiter er ceriter pasal er itu er EFX ler..Banyak btul Efx dipasaran skrg, sudah tentu memeningkan kepaler kan? Nak komen pun payah..cuma bagi saya, tk kira apa Efx skali pun, yg penting nya kena rajin xperimen dan cari kwn2 yg dah pandai pakai Efx tunjuk ajar dan tolong setkan. Skiranya Efx kamu ada pakai tube 12valve contoh nyer...beli bnyk2 spare yg ori sbb kalo dah habis stok, gantian tk sama, sound larghi abis....Yg paling mudah dan murah ialah Stomp Box sbb ianya direct dan simple utk di kendalikan n input trus ke front amp. Advantage Digital pulak..kita leh setkan dan save kedalam program tertentu, semestinya menyenangkan kalo beraksi dgn berbagai bagai lagu pada satu2 waktu live show performance kan? Kebanyakan digital efx perlu di masukkan kepada Return input di Amp, supaya color setting yg kita buat tidak akan terganggu kerana cara ini "bypass pre -amp" Amp tersebut. Jadi controlnya solely dgn Efx jer kerana kita hanya menumpang Speaker dan Power Amp tersebut.

2) Cara2 basic nk susun Stomp Box:
Gitar>Wah>Octaver>NoiseGate>Compressor>OD/Dist>EQ>Modulation>Delay>Reverb>Amp.
Apa2 yg tk mahu dlm chain line up tersebut, keluarkan jer dari list ni. perlu ingat bahwa Reverb mesti last dan Distortion jgn skali kali taruh last k?

3) Satu peringatan, masa 'live' jgn kongsi plug efx dgn lighting kerana ia akan menyebabkan 'hum' bising yg ketara. Untuk Rekording puler saya gunakan Sound Pod Line6 sbb menjimatkan masa dan bunyi nyer 'Awsome'. Skiranya ada bunyi 'hum' mengganggu smasa rec, cari posisi dgn mengubah kedudukan sehingga bunyi hum tersebut kurang or hilang terus.... wokay selamat beraksi wokay..............:)

Sunday, February 13, 2011

Nak criter Amphibian ke or Amplifier..?

D)Amplifier: worait..kalo gitar intonasi dan pickup setting dah cun, maka senang lah nak cari sound kat Amplifier. Aper itu Amplifier? Ohhrr...tidak ada kene mengener dgn itu Amphibian lah. Secara ringkas nyer, ia merupakan alat penyokong bunyi yg membantu menukarkan arus2 eletrik dari instrument2 muzik keluar dgn volume yg cukup ke halwa telinga para pemain dan pendengar menerusi Jack Wire secara mono atau stereo. Tapi kalo tk pandai main, keluar bunyi macam Amphibian tu laa.....hehehe...:)

1)Antara pilihan Amp saya ialah Orange, Marshall JCM series dan Fender Twin Reverb dimana fungsi2 nyer agak 'straight forward' dan mudah di fahami spt Volume, Gain, Treble, Middle, Bass dan Master Volume. Penambahan yg lain ialah spt Presence dan Reverb. Peranan fungsi2 tersebut secara basic nyer adalah spt berikut:
1) Volume - control paras bunyi perlahan atau kuat.
2) Gain - control paras Overdrive (dari serak basah ke serak garau ).
3) Treble - control frekuensi yg tinggi dan tajam.
4) Middle - control frekuensi tengah.
5) Bass - control frekuensi bawah.
6) Presence - control brightness atau terangkan bunyi.
7) Reverb - control dengung (supaya lontaran bunyi boleh di jarakkan).
8) Master Volume - control bunyi keseluruhan.

2)Jika saya pakai efx pedal, saya akan setkan bunyi yg Clean dimana Volume=3 o'clock dan Gain=9 o'clock dan keep adjusting Master Volume sehingga level yg memuaskan. Treble harus berhati2 jangan terlalu tajam, selalunya saya letak sekitar 9 o'clock dan kalo ada Presence, dalam 8 oclock jer. Mid saya letak dalam 12 o'clock dan Bass pun agak sama mcm Mid. Tetapi walau apa pun semuanya tertakluk pada keadaan dan basically saya akan base pada set up yg mcm ni dulu dan buat adjustment by ear dari situ kerana bunyi sewaktu sound chek mungkin akan berubah apabila faktor ketidakstabilan arus eletrik pada sebelah malam showtime disebabkan penggunaan lampu dan sebagainya. Mungkin berlainan pula bagi orang lain namun this set up works for me.

3)Ada dua pilihan Amp; combo- speaker dan control panel packing sekali ; stack- ada head dan cabinet. Ada yg 50Watts dan ada yg 100 ke 200Watts. Apa2 pun kalo utk rumah dan gigging small club, elok ler beli yg combo 50W or 100W dgn 2x12" speaker dan samada Tube- kena on standby kasi panas baru perform or Solid State-terus on jer. Skrg club dah ada sistem miking, so no hal kalo Watts kecil, tapi konsert lain criter,mesti yg 100W ke atas jer 4 more Power Rangers.

3)Satu lagi perkara yg saya notis, apabila kita pakai Combo Amp, tinggikan sedikit kedudukan nyer dgn menggunakan Amp Stand, kotak, kerusi atau di dongakkan condong keatas, tujuan nya supaya bunyi nyer akan lebih jelas kepada kita dan bukan pada pendengar saja. Sebabnya jika ia di bawah dan kita berdiri untuk perform semestinya bunyi Amp tersebut akan lebih perlahan bilamana the whole band starts dan kita pula akan menambah volume yg mana akan mengganggu para pendengar di hadapan stage dan akhir sekali kita akan di persalahkan oleh semua pihak kerana terlalu kuat tanpa kita sedari...,juga akan efek pendengaran kita, nanti pekak sebelum waktunya...too bad kan?:(. so set level yg sederhana dulu.

4)Last but not least, invest dalam Jack Wire yg reliable, mcm Planet Wave, mahal sikit tak apher ler, taphi in the long run Berbaloi,tak phening Kephala ler... but dont buy yg ada on/off button tu..yg biasa tu jer...
So...Happy Performing,,,,jumpa lagi...InsyaAllah...

Wednesday, February 9, 2011

Pickup Trak versus Pickup Gitar..

D)Hai para gitarawan, hari ni kita crita pasal pickup. Selalu nya adjust pick up tk semestinya tinggi tu lebih bagus, ini persepsi yg kurang tepat. Secara ringkas, setkan sederhana saja, lebih condong rendah kearah tali bottom bass E. Ini bagi memastikan sound hum cycle tali itu benar2 dpt di menafaatkan oleh pickup tersebut dan produce frekuensi tone yang mantap.

1)Pickup ada dua jenis, Single Coil dan Humbucker, contoh yg paling ketara ialah antara Fender Strat yg secara tradisinya "Single Coil" pickup dan Gibson dgn "Humbucker" pickup. Sudah tentu sound ia pun berlainan dimana single coil terang dan lantang ala Amy Search, humbucker pula tebal dan lemak manis ala Awie Wings, hahaha... Akan tetapi both ada kekuatan yg tersendiri dan terpulang lah pada citarasa masing2... Criter nya...masa mula2 si Fender cipta Singlecoil pickup, ianya mengezutkan penggitar dunia lalu kemersikan bunyi nya amat memukau para satria dan pencinta seni. Arakian, ada 1 kecacatan iaitu....HUMMING ler brader, silap haribulan, earth wire tk btul mcm sribu langau dtg hurung! Maka dgn sebab itu si Gibson merekacipta Humbucker, iaitu kasi pancung sama itu Hummer, cuma kurang lantang sedikit tapi masih memukau...dgn cara mengahwinkan Singlecoil jadi double dan reverse wiring serta polar magnetnya, bak kata org Opposite Attracts..dan hidup bahagia hingga kini....wokay?

2)Pickup gitar single coil, selalu nyer ada 3, Bridge- dekat dgn bridge, Middle - di tengah2 dan Neck- dekat dgn neck. Pickup selektor ada 5 bahagian, 3 in phase dan 2 out of phase. Bila di posisi bawah sekali ianya in-phase utk Bridge Pickup, dinaikkan satu tahap ianya out of phase iaini antara bunyi antara pickup Bridge dan Mid, di naikkan lagi, ianya in-phase utk Mid pickup, naikkan lagi 1 tahap ianya out of phase utk bunyi antara Mid dan Neck pickup dan akhir sekali in-phase utk Neck pickup. In-phase selalu nya utk Solo dan Distortion, Out of phase pula selalu saya gunakan utk Strumming atau Plucking. Cuma kita perlu pandai menggunakan Volume dan Tone knob pada Gitar utk membentuk bunyi yg sesuai. Begitu juga bagi Gitar yg ada Humbucker Pickup, cuma kita perlu buat bnyk2 experiment demi mencari gitar dan tone yg sesuai dgn citarasa masing2...

Ada mcm2 brand dan model pickup skrg klu nk replace spt DiMarzio dan Seymour Duncan yg bnyk diguna pakai oleh para gitara terkemuka dunia. Yang penting nya sebelum tukar pick up, buat Profesional Intonasi dulu, dimana gtr murah pun boleh bunyi mahal klu kena tukangnya. Dah bnyk bukti2 yg saya saksikan sendiri "Sumpah Wallah" bila saya tlg setkan gtr2 pelajar saya, tanyalah di Aswara, UITM dan UM, bagi mereka2 yg sewaktu dgn nya, memang Incredible. Mahal sikit ler tapi...kan, but charge tu berbaloi utk 1st time jer..sbb nak setkan bukan senang..nk menurun, cari asal usul lagi..pooh kanan pooh kiri, berkat do'a baginda Ali..dan mcm2 lagi tau? Bila dah set...kalo nk sound garang menerkam lagi ke.. barulah tuko pickup mengkemer kan? Bila pilih pickup tu jgn cari Honda atau Toyota, cari mcm pickup gitar yg saya sebut tadi, bukan pickup kreter,hehehe..eherm. Anyway Output pickup haruslah jgn terlalu jauh berbeza dan lazimnya Bridge Pickup lebih tinggi outputnya k...? Wasalam, InsyaAllah nanti sambung lagi:)

Tuesday, February 8, 2011

basic cara bikin intonasi gitar

Wokay, sambung....Gitar paling pantang skali, jgn..JGN TINGGALKAN DLM KRETA!! Neck dia leh bengkok pasal PANAS, nanti tk dpt jadi gitaris, jadi Robin Hood pulak!
1) Tali kalo lpas prektis, kasi lap dgn towel btul2, baru ler tahan karat sikit. Tahu tk yg tali lama leh recycle? Kena rajin skit ler...ni trick masa sekolah2 dulu, maklum ler blum kija... Cari periuk lama yg mak dah tk pakai, masuk air serta tali dan masak smpai mendidih. Lepas tu hirup air dia buat sup kalo dah bosan hidup..kahkahkah... gurau jer. Buang air tu dan biar tali sejuk dulu, kemudian amik minyak kelapa atau minyak singer, jgn minyak panas urut pulak!! sapukan pada tali2 tersebut, biarkan seketika,lepas tu lap dgn kain buruk yg kering dan walah...as good as....tahan ler lama sikit...
2) Saya slalu pakai tali 009, sedap sikit sbb jari tk seksa. tapi klu nk Tone tebal, maka tebalkan lah tali anda....dan kebalkan lah jari anda.. kalo main Jazz tkpa ler sbb tkda songket maut kan?

C) Cara Intonasi ringkas: Mula2 pasang tali; jgn terlalu bnyk lilitan bertindih, kena la potong sikit. Salah satu caranya ialah bila masuk tali ke lubang machine head, tarikkan ketat2 dan ukuran yg nk dipotong ialah 2 or 2 1/2 jarak tiang machine head tuner. Biar panjang sikit dan buat perlahan2, sampai dpt 4 or 5 lilitan saja. Selepas itu, tune kan gitar (pakai tuner) lepas smua tali dah dipasang. kalo tali terasa tinggi dan sukar di tekan maka amik screwdriver or allan screw untuk menurunkan saddle tersebut dan tali hendaklah dlm keadaan sama tinggi dan retune skali lgi. Bila tune dah settle, tekan di bahagian fret ke12 dan petik, kmudian petik note harmonic atas fret besi ke 12, kalo dua2 note sama, no problem, tapi kalo yg di tekan lebih tinggi dr harmonic, detune dan tarikkan saddle ke belakang,JGN PANDANG BELAKANG...hehe... kalo sebaliknya yg berlaku, tolakkan ke depan, sampai kedua2 nota sama equal, faham...? Akan tetapi, kalo lama sangat tk dpt2,maka tentu ada kerosakan yg lain dan harus di hantar pd pakar, wokay? Hendaklah bnyk bersabar dan teliti dlm soal ini. Selamat Mencoba....

Monday, February 7, 2011

Kamu kenal Gitar kamu?

A) Mengenali Gitar: secara ringkas, lazimnya di buat dr kayu, antaranya spt;
-Maple: warna terang, utk body, neck n fretbod; sound agak terang dan garang melenting.
-Mahogany: utk body n neck; slalunya warm n produce sustain yg baik; kebanyakan Gibson.
-Rosewood: jenis berat, slalu d pakai utk fretbod; sound dia warm n romantikus.
-Ebony:fretbod; sound agak dalam n lebar, popular dgn Bass gtr.
-Ash: jenis body ringan, sound nya warm n terang; Fender slalu pakai utk Body.
-Alder: jenis body ringan, soundnya bulat penuh n balance, utk Body.
-Basswood: jenis ringan juga, sound warm; utk body.
-Poplar: ringan, tone bulat penuh.
-Koa: jenis sederhana, sound dia warm n terang tapi harga mahal daa...
dan bermacam2 lgi jenis kayu yg di pakai spt tiang jamban tua, jambatan hanyut dan sbgnya. Juga ada yg menggunakan bahan graphite. Lepas ni kalo tgk harga mahal, maka mahal lah kayu tu....kan...?

B) Memilih Gitar:
1) Klu ada budget, beli yg berjenama sbb quality control terjamin. Skiranya on tight budget, ada bnyk jenis guitar yg agak moderate tapi bagus jika tau pilih. Best skali, bawa kwn yg dah pndai main gtr, klu tkda, tkpa...err..mula2 petik jer tali tu satu persatu perlahan2 utk chek buzzing, klu konferm tkda, tekan dan petik tali dr fret 1 smpai hujung fret, one string after another, klu tkda buzzing maka kira oklah tu.. Sound mesti clear. Tali chek jgn terlalu tinggi dr fretbod, nanti susah pandai sbb jari sakit. Chek fret, jgn ada besi tercabut atau longgar. Chek body frame thoroughly, jgn ada retak lansung. Pastikan smua unit berfungsi dgn baik dan jgn percayakan sales rep. melainkan yg dah kenal. Tune kan gtr pd Standard Tuning n Don't compromise on that dan chek dgn Amp klu pakai letrik gtr ler.
2) Klu beli yg 2nd hand, nk kena berhati2 dan perhati2, sbb nyer...zamn skrg ni bnyk teknologi canggih yg dsalah gunakan spt..tukar jenama gtr "Chap Ayam" ke jenama Fender or Gibson!! Maklumlah bentuk dah copy sejibik mcm ori! Jadi kalo ada mamat mana nk jual barang berharga tu jgn teruja sgt, boleh contact saya disini or fb utk pengesahan, wokay?

C) Aksesori perlu: Gitar stand, Beg, Strap, Tuner Digital, Pick/Plectrum, Jack Wire, Kain Lap dan Praktis Amp.
Ooops...dah kul 1 pagi, nanti sambung lagi wokay....Boiy...:)