Sunday, February 19, 2012

KKSY 14th Shw1.mpg

Saturday, April 23, 2011

saja borak2 berisi

Ada ramai yg brtanya tntng hal2 berkenaan pembelian gitar dan eksesori2 di kedai2 besar d pusat2 bandar samada boleh d percayai akan ketulenan brand trsebut or tidak dan harga nya brpatutan or tk? Agak sukar utk saya perjelaskan kerana ada ura2 yg saya dengar tntng pemuzik yg membeli sebuah gitar brjenama disini dan dpt tau rupa2 nya copy dr negara jiran apabila beliau brkunjung kesana. Akan tetapi oleh krana tk simpan resit pembelian, beliau tidak mampu mengambil tindakan yg sewajarnya. Sayang skali kan? Ada yg dah membeli gitar brjenama tapi apabila chek d internet dgn kilang di USA, no series nya tidak ada dlm rekod mereka!!? Pun tkda resit utk d ambil tindakan! Sekarang dah ada Tribunal Kerajaan yg brwajib bagi mengendalikan kes2 pembelian d bawah RM25000.00 dlm tempoh 43 hari, jadi tolong simpan resit pembelian apa2 pun, serius k semua? memang tk dpt d nafikan akan kemungkinan2 tersebut kerana Piracy sebegini memang wujud, dgn itu berhati2 lah dgn pembelian kita, Pertama: Resit, Kedua: chek dgn pengilang akan no series barang pmbelian anda d internet, Ketiga: bawa kepada pemuzik yg berpengalaman dan brpengetahuan untuk 2nd opinion, supaya kita tk tertipu dan terbeli barangan yg berharga RM300.00 dgn membayar RM3000.00, Astaghfirullah......mintak simpang k? wasalam

Thursday, March 3, 2011

EXERCISE

Assalam semua...ni yang paling penting, kena Exercise yer...! Bukan menggeliat anjing or kucing but real exercise...Saya mula exercise demi karier saya sejak belasan thn lagi sebab kerjaya sebegini kena sentiasa fit dan sihat. Never too late to start, mula skrg I MEAN NOW ok? Mula dgn perlahan2, minggu ke minggu setiap hari non stop dan kamu akan rasa perbezaan nyer. First:minum 1 glas air suam, tidor b4 kul 12mlm, bangun seawal pagi, stretching 15min, minum 1 glas air suam dan terus mandi air sejuk.....phoooh....bestnyer..... kemudian solat dan mengaji utk 1/2 jam, minum susu segelas kemudian ke padang utk vitamin D tulen "MATAHARI" berjalan pun dah cukup dan sambil tu pakai finger trainer, kemudian do spot exercise mcm push up,sit up, chin up dll, lpas tu buat weight lifting or Pilates or Cardio, all ni dlm satu 1/2 jam. Semasa tunggu peluh kering, buat fingerboard exercise then hit the shower again to wash off the peluh jer. Then Heavy Breakfast...yum yum yummy....then kamu teruskan dgn pekerjaan atau schedule kamu....amacam....boleh buat tak? I Challenge You...Try it dan ucapkan Terima Kasih kemudian wokay? All the best.....:)

Wednesday, February 23, 2011

peranan gitar dan pickup dlm genre2 Muzik

Kita sambung sedikit berkenaan peranan Gitar dan Pickup serta pengaruhnya terhadap jenis genre Muzik. Pertanyaan mengenai hal ini bnyk saya terima samada melalui fb or feedbck dr para pelajar.

Wokay... Ada beberapa jenis genre Muzik seperti Rock,Metal, Blues, Funk, Soul, Country, Jazz dsbnya. Apa2 pun secara lazimnya, gitar jenama spt Fender,Gibson, ESP, MusicMan, Ibanez dll dipakai dlm kesemua genre tersebut. Cuma Jazz , kebanyakan nya menggunakan gitar semi solid or semi hollow serta berpickup Humbucker dan menggunakan setting tali yg besar spt 012 utk mendapatkan tone nya yg besar tumpul dan bulat dgn cara menggunakan neck pickup. Mereka jarang2 sekali melakukan bending tali sbb ianya kurang sesuai untuk dilakukan, tdak spt genre Blues dan Rock. Jenama yg dikaitkan dgn Jazz ialah Gibson dan Ibanez semi solid model. Muzik Soul,Funk dan Country pula kebanyakan nya menggunakan jenama Fender sbb ia memerlukan clean tone yang ketara utk pluck atau strum.

Monday, February 21, 2011

APRISIASI SENI TANPA WAS WAS

Muzik membina minda!!? Wokay sebelum kita berbicara dgn lebih lanjut ttg pembelajaran Muzik ini, saya ingin menyentuh sedikit sebnyk ttg perkara tersebut. Golongan Melayu adalah golongan yang paling negatif persepsi mereka ttg pembelajaran Muzik dan sayang nya kebanyakan org Melayu juga adalah yang paling talented dalam bidang Muzik. Akan tetapi apa yang saya perhatikan skrg, trend zaman telah berubah dan kebanyakan ibubapa skrg bertambah prihatin terhadap pembabitan anak2 mereka dlm menceburi bidang Muzik. Cuma yg masih menyedihkan ialah peratusan itu masih kecil dan mereka mula membenarkan anak2 yg meminati bidang ini utk mempelajarinya secara formal hanya setelah selesai menduduki peperiksaan SPM dikala usia mereka sudah menjangkau 18 thn. Bilamana anak2 ini berjaya melayakan diri ke pusat2 pengajian tinggi, mereka akan dibelengu dgn kekeliruan dan frustration kerana tidak dpt mengejar dan memahami akan apa yg mereka sepatutnya pelajari sejak dari umur 8 tahun paling minima!! Justru itu, mereka sudah ketinggalan 10 tahun ilmu pengetahuan dan harus di mentelaahkan dlm masa 4 tahun diploma. Siapakah yg nk dipersalahkan atau dipertanggung jawabkan? Tidak lain tidak bukan, masyarakat itu sendiri yg harus mengakui akan hakikat ini dan dgn sebab itu saya menulis mengenai hal ini agar saudara dan saudari dapat membantu ibubapa2 atau rakan taulan yg degil atau jahil utk melihat Muzik secara lebih positif demi membantu generasi akan dtg supaya celik ilmu Muzik yg inovatif dan bukan membuta tuli spt lalang di tiup angin mengikut arus2 dari budaya negara asing.

Adakah Muzik itu penting dlm kehidupan manusia? Sudah tentu kan....dari zaman2 dulu lagi hinggalah skrg, Muzik mempengaruhi kehidupan seharian kita mengikut naluri citarasa masing2. Dari persiapan pagi, dalam perjalanan, di ofis, di tempat awam, hingga ke mlm utk beristirehat, di TV dan filem, kita mendengar Muzik, one way or the other. Muzik mempengaruhi emosi kita ketika gembira dan sedih, jadi ianya penting bagaikan "food to our soul". Bolehkah kita bayangkan dunia "TANPA MUZIK"? Barangkali tidak ya...desiran angin, titisan hujan, kicauan burung, nyanyian unggas, hempasan ombak, aliran sungai dan segalanya yang menghasilkan bunyi di muka bumi ini mengandungi unsur2 Muzik yg selalu mengilhamkan kepada sang pengkarya untuk mencipta hasil seni mereka. Betapa halus, kaya dan tingginya nilai seni itu, tak ternilai oleh sesiapa pun. Dari kajian di barat, Muzik menolong menenangkan pesakit2 kronik dan membantu mereka dlm proses pemulihan. Dgn sebab itu, seni Muzik haruslah di hormati, di semai dan dipupuk agar ianya terus sihat berevolusi dan bukannya dianggap negatif, tak bermoral dan hanya layak untuk "HOBI"!! Sungguh Hipokrit bukan? Sebabnya orang2 sebeginilah yang slalu brtanya: "kenapa orang2 sini tk leh jadi berjaya sedunia mcm org putih heh? Tk leh buat lagu mcm dia org dibarat heh?" dan bermacam2 lagi FAKE HIGH EXPECTATION. Mcmana Muzik sini nk berkembang...yg betul2 support hanya segelintir, yg selebih nya tnggu konsert FREE, lagu nk download FREE, tambahan pulak ada stesen2 hiburan yg menganjurkan, konon nya nk balas balik jasa penonton, kemudian tekan artis dgn bayaran CIPUT atas dasar PROMOSI. Sampai ke tua daa....sungguh MEMALUKAN! Sudah memasuki alaf baru pun, kita masih di takuk lama juga, malahan semakin ke BELAKANG...kesian..kita.

Berbagai lgi kajian telah dijalankan di barat ttg kehebatan Muzik, paling yang saya ingat adalah, Muzik membantu membina minda dan meransang kreativiti pada tahap yg tinggi kepada kanak kanak. Justru itu, rata2 kaum ibubapa di barat menghantar anak2 mereka untuk mempelajari Muzik sejak kecil, bukannya untuk menjadi Pemuzik, tapi untuk meransang minda kanak2 tersebut sebab Muzik mengandungi berbagai nilai aspek disiplin pembelajaran yg tinggi dan bersistemetik. Moreover, kalau lah sekiranya mereka berbakat dan excel serta memilih utk berkecimpung dlm arena Muzik, sudah tentu ianya terus menyerlah dan lahirlah PROTEGE2 yg menakjubkan di DUNIA. Di negara kita, yg mencontohi langkah2 sebegini adalah kaum bukan Melayu spt kaum Tiong Hwa terutamanya. Saya mempunyai beberapa student kaum ini yg sudah mendapat pembelajaran awal, sudah semestinya mereka lebih maju terutamanya dalam bacaan nota, kerana sudah mempunyai basic knowledge of Muzik. Disiplin yg mereka terima dari pembelajaran awal juga begitu kuat terpahat spt punctuality dan tugasan yg up to date. Selain dari itu, mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Seterusnya, saya membuat perbandingan di antara rakan2 bukan pemuzik yg ada basic blajar main alat Muzik dan yg tidak, ternyata yg mempunyai basic learning itu mempunyai apresiasi Muzik yg tinggi berbanding yg tidak kerana dia tahu bahwa bukan senang utk mempelajari alat2 muzik dan menjadi "TERROR" dan golongan mereka inilah yg akan MEMBELI tiket2 konsert dan lagu2 ori yg dirakam demi menghormati seni tersebut, dan dgn sebab itu juga lah konsert2 serta lagu2 penyanyi2 barat begitu laris dan mampu menjana income utk penggiat seni mereka. Secara tidak lansung, ianya menambah naikkan lagi inspirasi mereka untuk terus berkarya dan menjadi cycle yg sihat dan berevolusi.

Berbeza kita di Asia pula, terpaksa terikut ikut kerana kita belum cukup kuat utk berdiri diatas karya kita sendiri, hanya mampu meminjam berzaman zaman dari barat,walhal lagu2 milik mutlak kita masih tidak berevolusi oleh kerana pemikiran kebanyakan generasi lama yg memandang remeh dan tidak mengendahkan kepentingan warisan kita. Perkara ini telah di bangkitkan oleh Arwah P.Ramlee dlm wawancara Bio di Astro, iaini untuk memupuk Muzik pada anak2 muda di peringkat awal lagi yaitu di sekitar 1970an supaya ianya dpt berkembang maju. Sekiranya pandangan seorang "LEGEND" spt beliau diberi perhatian di waktu itu, sudah tentu tahap Muzik kita skrg tidak akan jauh ketinggalan dari Indonesia maupun Filipina, Barat jauh sekali lah kan? Di negara ini saja, Legend sebegitu hebat diperlakukan sedemikian, beliau yg sepatutnya diberi penghormatan sewaktu hidupnya dgn berbagai imbuhan penghargaan dan pangkat kedudukan dibuat spt...."NOBODY". Silapnya dimana dan sampai bila harus begini? Ironik nya para pemimpin sibuk melaungkan kata2 semangat untuk mengglobalisasikan bakat2 kelahiran tanahair tapi bagaimana mungkin dicapai kalau tidak di sertakan dengan perancangan yang berkesan dari kajian terperinci oleh pihak2 yg berwajib dan bertanggung jawab serta berusaha mencari jalan untuk menukar pemikiran orang2 kita iaini drpd persepsi negatif mereka terhadap Muzik kpd golongan masyarakat yg appreciate seni. Cuba kita lihat 1 contoh dimana penyanyi Zee Avi, bakat beliau telah di iktiraf di barat dahulu, knapa bukan berjaya di Malaysia kemudian baru mendapat pengiktirafan luar!!!? Oleh itu kita harus berjuang habis2an sehingga seni muzik kita dapat dipertabatkan kekemuncaknya dan masyarakat kita menjadi Celik Seni serta dapat menghayati seni dlm ertikata sebenar tanpa Was Was. Juga akan berkuranglah golongan2 "BONGOK" yg suka melaung laung kata2 spt "Kalau aku belajar Muzik dan nyanyi, mesti 100X lagi terror drpd artis2 tuu..", belajar lah cepat kalau nak tahu kan? Oleh itu, fikir fikirkan lah yer.....wasalam.

Wednesday, February 16, 2011

Criter Efx ler pulak kan kan kan!!

1)Hai parer Gitarawan yg bodyman...2day kiter er ceriter pasal er itu er EFX ler..Banyak btul Efx dipasaran skrg, sudah tentu memeningkan kepaler kan? Nak komen pun payah..cuma bagi saya, tk kira apa Efx skali pun, yg penting nya kena rajin xperimen dan cari kwn2 yg dah pandai pakai Efx tunjuk ajar dan tolong setkan. Skiranya Efx kamu ada pakai tube 12valve contoh nyer...beli bnyk2 spare yg ori sbb kalo dah habis stok, gantian tk sama, sound larghi abis....Yg paling mudah dan murah ialah Stomp Box sbb ianya direct dan simple utk di kendalikan n input trus ke front amp. Advantage Digital pulak..kita leh setkan dan save kedalam program tertentu, semestinya menyenangkan kalo beraksi dgn berbagai bagai lagu pada satu2 waktu live show performance kan? Kebanyakan digital efx perlu di masukkan kepada Return input di Amp, supaya color setting yg kita buat tidak akan terganggu kerana cara ini "bypass pre -amp" Amp tersebut. Jadi controlnya solely dgn Efx jer kerana kita hanya menumpang Speaker dan Power Amp tersebut.

2) Cara2 basic nk susun Stomp Box:
Gitar>Wah>Octaver>NoiseGate>Compressor>OD/Dist>EQ>Modulation>Delay>Reverb>Amp.
Apa2 yg tk mahu dlm chain line up tersebut, keluarkan jer dari list ni. perlu ingat bahwa Reverb mesti last dan Distortion jgn skali kali taruh last k?

3) Satu peringatan, masa 'live' jgn kongsi plug efx dgn lighting kerana ia akan menyebabkan 'hum' bising yg ketara. Untuk Rekording puler saya gunakan Sound Pod Line6 sbb menjimatkan masa dan bunyi nyer 'Awsome'. Skiranya ada bunyi 'hum' mengganggu smasa rec, cari posisi dgn mengubah kedudukan sehingga bunyi hum tersebut kurang or hilang terus.... wokay selamat beraksi wokay..............:)

Sunday, February 13, 2011

Nak criter Amphibian ke or Amplifier..?

D)Amplifier: worait..kalo gitar intonasi dan pickup setting dah cun, maka senang lah nak cari sound kat Amplifier. Aper itu Amplifier? Ohhrr...tidak ada kene mengener dgn itu Amphibian lah. Secara ringkas nyer, ia merupakan alat penyokong bunyi yg membantu menukarkan arus2 eletrik dari instrument2 muzik keluar dgn volume yg cukup ke halwa telinga para pemain dan pendengar menerusi Jack Wire secara mono atau stereo. Tapi kalo tk pandai main, keluar bunyi macam Amphibian tu laa.....hehehe...:)

1)Antara pilihan Amp saya ialah Orange, Marshall JCM series dan Fender Twin Reverb dimana fungsi2 nyer agak 'straight forward' dan mudah di fahami spt Volume, Gain, Treble, Middle, Bass dan Master Volume. Penambahan yg lain ialah spt Presence dan Reverb. Peranan fungsi2 tersebut secara basic nyer adalah spt berikut:
1) Volume - control paras bunyi perlahan atau kuat.
2) Gain - control paras Overdrive (dari serak basah ke serak garau ).
3) Treble - control frekuensi yg tinggi dan tajam.
4) Middle - control frekuensi tengah.
5) Bass - control frekuensi bawah.
6) Presence - control brightness atau terangkan bunyi.
7) Reverb - control dengung (supaya lontaran bunyi boleh di jarakkan).
8) Master Volume - control bunyi keseluruhan.

2)Jika saya pakai efx pedal, saya akan setkan bunyi yg Clean dimana Volume=3 o'clock dan Gain=9 o'clock dan keep adjusting Master Volume sehingga level yg memuaskan. Treble harus berhati2 jangan terlalu tajam, selalunya saya letak sekitar 9 o'clock dan kalo ada Presence, dalam 8 oclock jer. Mid saya letak dalam 12 o'clock dan Bass pun agak sama mcm Mid. Tetapi walau apa pun semuanya tertakluk pada keadaan dan basically saya akan base pada set up yg mcm ni dulu dan buat adjustment by ear dari situ kerana bunyi sewaktu sound chek mungkin akan berubah apabila faktor ketidakstabilan arus eletrik pada sebelah malam showtime disebabkan penggunaan lampu dan sebagainya. Mungkin berlainan pula bagi orang lain namun this set up works for me.

3)Ada dua pilihan Amp; combo- speaker dan control panel packing sekali ; stack- ada head dan cabinet. Ada yg 50Watts dan ada yg 100 ke 200Watts. Apa2 pun kalo utk rumah dan gigging small club, elok ler beli yg combo 50W or 100W dgn 2x12" speaker dan samada Tube- kena on standby kasi panas baru perform or Solid State-terus on jer. Skrg club dah ada sistem miking, so no hal kalo Watts kecil, tapi konsert lain criter,mesti yg 100W ke atas jer 4 more Power Rangers.

3)Satu lagi perkara yg saya notis, apabila kita pakai Combo Amp, tinggikan sedikit kedudukan nyer dgn menggunakan Amp Stand, kotak, kerusi atau di dongakkan condong keatas, tujuan nya supaya bunyi nyer akan lebih jelas kepada kita dan bukan pada pendengar saja. Sebabnya jika ia di bawah dan kita berdiri untuk perform semestinya bunyi Amp tersebut akan lebih perlahan bilamana the whole band starts dan kita pula akan menambah volume yg mana akan mengganggu para pendengar di hadapan stage dan akhir sekali kita akan di persalahkan oleh semua pihak kerana terlalu kuat tanpa kita sedari...,juga akan efek pendengaran kita, nanti pekak sebelum waktunya...too bad kan?:(. so set level yg sederhana dulu.

4)Last but not least, invest dalam Jack Wire yg reliable, mcm Planet Wave, mahal sikit tak apher ler, taphi in the long run Berbaloi,tak phening Kephala ler... but dont buy yg ada on/off button tu..yg biasa tu jer...
So...Happy Performing,,,,jumpa lagi...InsyaAllah...