Monday, February 21, 2011

APRISIASI SENI TANPA WAS WAS

Muzik membina minda!!? Wokay sebelum kita berbicara dgn lebih lanjut ttg pembelajaran Muzik ini, saya ingin menyentuh sedikit sebnyk ttg perkara tersebut. Golongan Melayu adalah golongan yang paling negatif persepsi mereka ttg pembelajaran Muzik dan sayang nya kebanyakan org Melayu juga adalah yang paling talented dalam bidang Muzik. Akan tetapi apa yang saya perhatikan skrg, trend zaman telah berubah dan kebanyakan ibubapa skrg bertambah prihatin terhadap pembabitan anak2 mereka dlm menceburi bidang Muzik. Cuma yg masih menyedihkan ialah peratusan itu masih kecil dan mereka mula membenarkan anak2 yg meminati bidang ini utk mempelajarinya secara formal hanya setelah selesai menduduki peperiksaan SPM dikala usia mereka sudah menjangkau 18 thn. Bilamana anak2 ini berjaya melayakan diri ke pusat2 pengajian tinggi, mereka akan dibelengu dgn kekeliruan dan frustration kerana tidak dpt mengejar dan memahami akan apa yg mereka sepatutnya pelajari sejak dari umur 8 tahun paling minima!! Justru itu, mereka sudah ketinggalan 10 tahun ilmu pengetahuan dan harus di mentelaahkan dlm masa 4 tahun diploma. Siapakah yg nk dipersalahkan atau dipertanggung jawabkan? Tidak lain tidak bukan, masyarakat itu sendiri yg harus mengakui akan hakikat ini dan dgn sebab itu saya menulis mengenai hal ini agar saudara dan saudari dapat membantu ibubapa2 atau rakan taulan yg degil atau jahil utk melihat Muzik secara lebih positif demi membantu generasi akan dtg supaya celik ilmu Muzik yg inovatif dan bukan membuta tuli spt lalang di tiup angin mengikut arus2 dari budaya negara asing.

Adakah Muzik itu penting dlm kehidupan manusia? Sudah tentu kan....dari zaman2 dulu lagi hinggalah skrg, Muzik mempengaruhi kehidupan seharian kita mengikut naluri citarasa masing2. Dari persiapan pagi, dalam perjalanan, di ofis, di tempat awam, hingga ke mlm utk beristirehat, di TV dan filem, kita mendengar Muzik, one way or the other. Muzik mempengaruhi emosi kita ketika gembira dan sedih, jadi ianya penting bagaikan "food to our soul". Bolehkah kita bayangkan dunia "TANPA MUZIK"? Barangkali tidak ya...desiran angin, titisan hujan, kicauan burung, nyanyian unggas, hempasan ombak, aliran sungai dan segalanya yang menghasilkan bunyi di muka bumi ini mengandungi unsur2 Muzik yg selalu mengilhamkan kepada sang pengkarya untuk mencipta hasil seni mereka. Betapa halus, kaya dan tingginya nilai seni itu, tak ternilai oleh sesiapa pun. Dari kajian di barat, Muzik menolong menenangkan pesakit2 kronik dan membantu mereka dlm proses pemulihan. Dgn sebab itu, seni Muzik haruslah di hormati, di semai dan dipupuk agar ianya terus sihat berevolusi dan bukannya dianggap negatif, tak bermoral dan hanya layak untuk "HOBI"!! Sungguh Hipokrit bukan? Sebabnya orang2 sebeginilah yang slalu brtanya: "kenapa orang2 sini tk leh jadi berjaya sedunia mcm org putih heh? Tk leh buat lagu mcm dia org dibarat heh?" dan bermacam2 lagi FAKE HIGH EXPECTATION. Mcmana Muzik sini nk berkembang...yg betul2 support hanya segelintir, yg selebih nya tnggu konsert FREE, lagu nk download FREE, tambahan pulak ada stesen2 hiburan yg menganjurkan, konon nya nk balas balik jasa penonton, kemudian tekan artis dgn bayaran CIPUT atas dasar PROMOSI. Sampai ke tua daa....sungguh MEMALUKAN! Sudah memasuki alaf baru pun, kita masih di takuk lama juga, malahan semakin ke BELAKANG...kesian..kita.

Berbagai lgi kajian telah dijalankan di barat ttg kehebatan Muzik, paling yang saya ingat adalah, Muzik membantu membina minda dan meransang kreativiti pada tahap yg tinggi kepada kanak kanak. Justru itu, rata2 kaum ibubapa di barat menghantar anak2 mereka untuk mempelajari Muzik sejak kecil, bukannya untuk menjadi Pemuzik, tapi untuk meransang minda kanak2 tersebut sebab Muzik mengandungi berbagai nilai aspek disiplin pembelajaran yg tinggi dan bersistemetik. Moreover, kalau lah sekiranya mereka berbakat dan excel serta memilih utk berkecimpung dlm arena Muzik, sudah tentu ianya terus menyerlah dan lahirlah PROTEGE2 yg menakjubkan di DUNIA. Di negara kita, yg mencontohi langkah2 sebegini adalah kaum bukan Melayu spt kaum Tiong Hwa terutamanya. Saya mempunyai beberapa student kaum ini yg sudah mendapat pembelajaran awal, sudah semestinya mereka lebih maju terutamanya dalam bacaan nota, kerana sudah mempunyai basic knowledge of Muzik. Disiplin yg mereka terima dari pembelajaran awal juga begitu kuat terpahat spt punctuality dan tugasan yg up to date. Selain dari itu, mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Seterusnya, saya membuat perbandingan di antara rakan2 bukan pemuzik yg ada basic blajar main alat Muzik dan yg tidak, ternyata yg mempunyai basic learning itu mempunyai apresiasi Muzik yg tinggi berbanding yg tidak kerana dia tahu bahwa bukan senang utk mempelajari alat2 muzik dan menjadi "TERROR" dan golongan mereka inilah yg akan MEMBELI tiket2 konsert dan lagu2 ori yg dirakam demi menghormati seni tersebut, dan dgn sebab itu juga lah konsert2 serta lagu2 penyanyi2 barat begitu laris dan mampu menjana income utk penggiat seni mereka. Secara tidak lansung, ianya menambah naikkan lagi inspirasi mereka untuk terus berkarya dan menjadi cycle yg sihat dan berevolusi.

Berbeza kita di Asia pula, terpaksa terikut ikut kerana kita belum cukup kuat utk berdiri diatas karya kita sendiri, hanya mampu meminjam berzaman zaman dari barat,walhal lagu2 milik mutlak kita masih tidak berevolusi oleh kerana pemikiran kebanyakan generasi lama yg memandang remeh dan tidak mengendahkan kepentingan warisan kita. Perkara ini telah di bangkitkan oleh Arwah P.Ramlee dlm wawancara Bio di Astro, iaini untuk memupuk Muzik pada anak2 muda di peringkat awal lagi yaitu di sekitar 1970an supaya ianya dpt berkembang maju. Sekiranya pandangan seorang "LEGEND" spt beliau diberi perhatian di waktu itu, sudah tentu tahap Muzik kita skrg tidak akan jauh ketinggalan dari Indonesia maupun Filipina, Barat jauh sekali lah kan? Di negara ini saja, Legend sebegitu hebat diperlakukan sedemikian, beliau yg sepatutnya diberi penghormatan sewaktu hidupnya dgn berbagai imbuhan penghargaan dan pangkat kedudukan dibuat spt...."NOBODY". Silapnya dimana dan sampai bila harus begini? Ironik nya para pemimpin sibuk melaungkan kata2 semangat untuk mengglobalisasikan bakat2 kelahiran tanahair tapi bagaimana mungkin dicapai kalau tidak di sertakan dengan perancangan yang berkesan dari kajian terperinci oleh pihak2 yg berwajib dan bertanggung jawab serta berusaha mencari jalan untuk menukar pemikiran orang2 kita iaini drpd persepsi negatif mereka terhadap Muzik kpd golongan masyarakat yg appreciate seni. Cuba kita lihat 1 contoh dimana penyanyi Zee Avi, bakat beliau telah di iktiraf di barat dahulu, knapa bukan berjaya di Malaysia kemudian baru mendapat pengiktirafan luar!!!? Oleh itu kita harus berjuang habis2an sehingga seni muzik kita dapat dipertabatkan kekemuncaknya dan masyarakat kita menjadi Celik Seni serta dapat menghayati seni dlm ertikata sebenar tanpa Was Was. Juga akan berkuranglah golongan2 "BONGOK" yg suka melaung laung kata2 spt "Kalau aku belajar Muzik dan nyanyi, mesti 100X lagi terror drpd artis2 tuu..", belajar lah cepat kalau nak tahu kan? Oleh itu, fikir fikirkan lah yer.....wasalam.

2 comments:

  1. saya sangat setuju dgn pendapat dari abg chobib yg sekian lama saya minati...apa pun terus maju buat abg chobib

    ReplyDelete